Nilai Ilmu dan Maklumat

               KONFLIK ANTARA HAMZAH FANSURI DAN NURUDDIN AR-RANIRI              




Nuruddin ar-Raniri

Hamzah Fansuri adalah seorang ahli tasawuf yang menganut ajaran Wahdatul Wujud . Hamzah Fansuri sangat terkesan dengan dengan karya-karya serta ketokohan Ibnu Arabi, Ah-Hallaj, Al-Djunaid dan Jalaluddin Ar-Rumi kerana nama-nama ini ada disebutkan dalam kebanyakan karya tasawufnya. Fahaman yang dianutinya beranggapan bahawa segala makhuk itu pada asasnya esa, kerana wujud zat pada Allah.

Bagaimanapun fahaman ini mendapat tentangan hebat oleh Nuruddin ar-Raniri yang mengatakan Tuhan kekal tidak terjejas dari ciptaannya. Nama asal Syeikh Nuruddin ialah Syeikh Nuruddin Muhammad ibnu Ali ibnu Hasanji Muhammad Hamid ar-Raniri al-Quraisyi.

SEBAB TENTANGAN NURUDDIN AR-RANIRI

Hamzah Fansuri banyak dikritik oleh Nuruddin al-Raniri (1658). Syeikh Nuruddin walaupun berasal daripada keturunan Arab di India dari  pihak ayahhnya dan bangsa Melayu dari sebelah ibunya. Beliau mengatakan bahawa Hamzah Fansuri dan Syamsuddin Sumaterani yang mengajarkan wahdatul wujud adalah sesat dan bertentangan dengan apa yang difahami oleh beliau. Ini adalah kerana di India, wahdatul wujud sangat ditentang oleh ahli aqiqah India dan situasi yang sama di bawa ke Acheh dengan mempengaruhi Sultanah Taj al-Alam Safatudin Shah (1641-1675) untuk membakar dan mengharamkan nama Hamzah Fansuri dan karyanya. Oleh yang demikian, nama dan peranan Hamzah Fansuri banyak kelihatan dalam karya Indonesia seperti Hikayat Acheh.


Syeikh Nuruddin ar-Raniri mendapat tempat pada hati Sultan Iskandar Tsani, yang walaupun sebenarnya pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Muda beliau tidak begitu diketahui oleh masyarakat luas. Oleh sebab ketegasan dan keberaniannya ditambah lagi lagi , Syeikh Nuruddin ar-Raniri menguasai berbagai-bagai bidang ilmu agama Islam, mengakibatkan beliau sangat cepat menonjol pada zaman pemerintahan Sultan Iskandar Tsani itu. Akhirnya Syeikh Nuruddin ar-Raniri naik ke puncak yang tertinggi dalam kerajaan Acheh, kerana beliau mendapat sokongan sepenuhnya daripada sultan. Beliau memang ahli dalam bidang ilmu Mantiq (Logika) dan ilmu Balaghah (Retorika). Dalam ilmu fikah, Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah pengikut mazhab Syafie, walaupun beliau juga ahli dalam ajaran mazhab-mazhab yang lainnya. Dari segi akidah, Syeikh Nuruddin ar-Raniri adalah pengikut Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaa’ah yang berasal daripada Syeikh Abul Hasan al-Asy’ari dan Syeikh Abu Manshur al-Maturidi.

Pegangannya dalam  tasawuf ialah beliau adala pengikut tasawuf yang mu’tabarah dan pengamal berbagai-bagai thariqah sufiyah. Tetapi suatu perkara yang aneh, dalam bidang tasawuf beliau menghentam hebis-habisan Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin . Walau bagaimanapun Syeikh Nuruddin ar-Raniri tidak pernah menyalahkan bahkan menyokong Syeikh Muhyuddin, ibnu Arabi dan lain-lain.

Nuruddin ar-Raniri selalu sengaja menyalahtafsirkan konsep syathahiyat yang digunakan oleh Hamzah Fansuri dan juga Syamsuddin Sumaterani, tetapi tidak pula kepada ulama sufi yang lain, bahkan  beliau bersetuju walaupun pandangan tersebut sama. Ramai yang menganggap Hamzah Fansuri sebagai wali Allah yang bukan hanya mengetahui ilmu tasawuf secara zahir, tetapi juga menyelami ilmu tersebut supaya bermanfaat, berbanding Nuruddin ar-Raniri yang dilabel sebagai hanya mengetahui kulit buku tawasuf sahaja. Atas sokongan Sultan Iskandar Thani pada ketika itu,  Hamzah Fansuri dituduh sesat dan akibatnya, karya-karyanya turut dibakar. 



Satu perkhabaran menyatakan bahawa Nuruddin ar-Raniri telah alah berdebat dengan Saiful Rijjal yang merupakan penyokong fahaman Hamzah Fansuri dan kejadian ini telah dicatatkan dalam kitabnya Fath al-Mubin. Kejadian itu menyebabkan Nuruddin ar-Raniri secara tergesa-gesa kembali ke Gujerat. 


           


No comments:

Post a Comment